My photo
Rawang, Malaysia
“Travel helps reset your current path for a bit, reminds you that life is bigger than what you've been seeing everyday, and makes your problems small compared to it."

Sunday, May 29, 2011

Selangkah menuju Palestin.

Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu dari Nabi Muhammad Sallallhu'alaihi Wasallam sabdanya: "Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid) kecuali (pergi) ketiga-tiga buah masjid (yang berikut): Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul (Masjidi an-Nabawi di Madinah) dan Masjidil Aqsa di Palestin." (Hadis Al-Bukhari)
Bulan Mei 2011. Genaplah 63 tahun peristiwa Nakbah berlalu. Tahu apa itu Hari Nakbah? Ia adalah hari kecelakaan bagi seluruh umat Islam pada 15 Mei 1948 yang lalu apabila negara Palestin dirampas dan penduduk Arab diusir dari tanah air mereka. Israel laknatullah pula sebaliknya menyambut hari ini sebagai 'Hari Kemerdekaan' mereka kerana memenangi peperangan 'The War of Independence'
...

Konvoi Pembebasan Palestin 2011. Diadakan pada 20 Mei yang lalu, konvoi ini merupakan program anjuran Aqsa Syarid Berhad dengan kerjasama Viva Paletina Malaysia.  Tujuan utamanya adalah untuk mengedar risalah dan memberi penerangan kepada masyarakat tentang Hari Nakbah dan kepentingan kita sebagai umat Islam untuk terus membela dan mempertahankan Palestin. 

Difahamkan, konvoi ini disertai oleh lebih 500 peserta pelbagai lapisan. Konvoi dipengerusikan oleh Saudara Zun Arif dari Aqsa Syarif Selangor dan disertai oleh kelab Skuter Malaysia, Kelab Bumi Bikers & Adventures, para pelajar IPT, remaja-remaja dan tak kurang keluarga dari pertubuhan IKRAM Malaysia. Kedua-dua anggota kelab motosikal tadi yang berjumlah 45 orang dilantik sebagai marshall untuk mengawal kelancaran perjalanan konvoi.

-gambar ihsan Dieyl.

Majlis bermula dengan taklimat dan ucapan-ucapan di Masjid Wilayah Persekutuan yang turut dihadiri Timbalan Presidan IKRAM, Prof Dr Muhammad Hatta Shahrom, Dr Hafidzi Mohd Nor (Pemangku Pengerusi Aqsa Syarif, Imam Masjid Wilayah Persekutuan dan wakil Palestin. Terdapat dua route konvoi pada hari tersebut. Route untuk Group A adalah seperti berikut:
Masjid Wilayah, Kuala Lumpur-->Taman Tasik Titiwangsa, KL-->KLCC-->Masjid Bukit Indah, Ampang-->R&R Awan Besar, KESAS-->Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Manakala route untuk Group B pula adalah seperti berikut:
Masjid Wilayah, Kuala Lumpur-->Taman Metropolitan, Kepong-->KL Sentral-->Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara-->Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara-->Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Aku dimasukkan ke Group B. Dan marshall kami merupakan ahli Kelab Bumi Bikers & Adventures (motosikal berkuasa tinggi okay! :P)


Majlis berakhir di Masjid Biru Shah Alam. Masjid penutup diserikan dengan pidato bersemangat oleh Dr Hafidzi, puisi oleh Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk A Samad Said yang bertajuk ‘Bumi Tengkorak’ dan ‘Anak-anak Palestina’, persembahan puisi oleh Bob dan Santhira Morgan, persembahan lagu penuh mesej lagi bertenaga daripada Muadz & Friends serta persembahan nasyid daripada kumpulan Caliph. 

Gambar-gambar sepanjang konvoi boleh dilihat di sini 
...

Ayah meminjamkan kereta Kembara kepunyaan pakcik Fakhrudin untuk konvoi kami. Alhamdulillah dipermudahkan. Seawal 7 pagi, aku bertolak dari Rawang terus ke Masjid Wilayah untuk pendaftaran. Selesai sarapan, taklimat dan ucapan perasmian juga pelepasan, kami bergerak ke destinasi masing-masing lebih kurang jam 9 pagi. 

K.chik, Raihan, Dieyl, aku. -Gambar ihsan ustaz Rofazlin Jusoh

Pukul 12 tengahari, kami berhenti di hentian ketiga kami iaitu Masjid Saidina Umar Al-Khattab di Bukit Damansara. Selepas melepaskan lelah, solat zuhur juga makan tengahari, kami bersiap untuk ke destinasi seterusnya kira-kira jam 3 petang. Aku dengan penuh confident hidupkan enjin kereta. Dan penuh confident jugak, kereta tu tak mengeluarkan walau sebarang bunyi. Ah sudah...apahal pulak ni tiba-tiba tak boleh hidup. Aku tengok jarum minyak dan temperature, semua nampak normal. Dan aku usha pulak lampu kereta (sepanjang konvoi kami diarahkan untuk membuka lampu besar dan lampu hazard kecemasan). Okay, aku tak tutup lampu besar tu :|

Macamana aku boleh lupa nak tutup lampu tu?! Padahal dah 2 perhentian sebelumnya aku memang check lepas tutup lampu hazard, kene tutup lampu kereta sekali. Sebab aku tau, kalau tak tutup, confirm2 bateri kong. Sekali lagi, dengan penuh confident aku tanya salah seorang pakcik peserta konvoi yang park kereta depan kereta aku, "Assalamualaikum pakcik, boleh tolong saya jump start kereta tak? Kereta saya tak boleh start." Sekurang-kurangnya, aku taklah nampak seperti tipikal perempuan yang hanya tahu guna kereta tapi langsung tak tahu masalah kereta, kan? haha.

Alhamdulillah, ada pakcik yang bawak wayar jump start tu. Dan alhamdulillah juga, kereta kami berjaya dihidupkan. Terima kasih untuk semua pakcik-pakcik yang bersusah payah. Peserta lain masih tak tahu ketika tu sebab dorang semua dah pun beratur di luar perkarangan masjid untuk meneruskan konvoi. 

-gambar ihsan Dieyl.

-gambar ihsan Dieyl.

Lebih kurang setengah jam kemudian, kami tiba di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara. Pakcik ketua rombongan (KR)-maaf, kami tak ingat nama pakcik- memberi taklimat ringkas tentang tugasan kami di sana. Kalau sebelumnya kami mengedarkan risalah di kawasan awam, kali ini kami ditugaskan untuk mengedar risalah dari rumah ke rumah. Sejurus sebelum tamat taklimat, Ustaz Rofazlin Jusoh berbisik-bisik ke telinga pakcik KR sambil menunjuk-nunjuk ke arah kami.

Dalam debaran, pakcik KR mengumumkan, "Okay, kita ada satu lagi tugas tambahan. Kat masjid tadi, ada sebuah kereta peserta konvoi yang bateri dia kong sebab terlupa tutup lampu. Jadi, apa kata kita sama-sama...."

Dalam hati aku, "sama-sama berdoa bateri kami tahan sampai akhir konvoi? sama-sama periksa kereta masing-masing takut ada terlupa tutup lampu lagi?sama-sama apa..??"

"...mengutip derma kilat supaya kita dapat belikan bateri kereta baru untuk mereka, setuju?"tanya pakcik KR.

"SETUJU!!!", tanpa ragu-ragu semua menjawab serentak. 

Sejujurnya, aku sebak, terharu dan segan dalam masa yang sama. Bateri kong adalah kesalahan aku sendiri kerana terlupa. Dan mereka semua mahu menghulurkan bantuan atas kealpaan aku itu?? Allah, kau jua yang mampu membalas jasa mereka.

Selepas wang derma dikumpul, ia disampaikan oleh Ustaz Rofazlin kepada aku sebagai pemandu kereta. Cukup untuk aku katakan jumlah wang tersebut boleh beli 2 atau 3 bateri kereta yang baru! Dan selepas tu, ustaz dan beberapa yang lain pergi membeli, juga membawa mekanik untuk menukarkan bateri tadi. Dan hingga sekarang, kami berempat masih lagi speechless

Sumbangan disampaikan oleh Ustaz Rofazlin. -gambar ihsan Dieyl.

Mekanik tukarkan bateri dalam hujan. -gambar ihsan ustaz Rofazlin
...

Sejujurnya, banyak yang aku pelajari daripada konvoi ini. Tahukah korang, kita banyak berhutang dengan saudara-saudara di Palestin? Mereka menggadai nyawa untuk mempertahankan Masjidil Aqsa, masjid ketiga terpenting dalam Islam. Realitinya, Al-Aqsa adalah isu umat Islam, bukan bangsa Arab semata. Telah lama mereka berjihad. Tidak mungkin sumbangan kecil untuk menampung perjuangan mereka pun kita tak mampu beri? Mahukah di akhirat kelak, mereka menuntut dari Allah atas kelembapan, kelesuan dan kebisuan kita terhadap isu ini?

Selain itu, aku merasai sendiri manisnya persaudaraan yang disemai atas nama Allah. Hingga kau akan tertanya-tanya, layakkah diri mendapat buah semanis ini sedangkan baja yang kau letak kadang-kadang hanyalah Gred B?


 وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتُ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٍ۬‌ۚ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَيُطِيعُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥۤ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ سَيَرۡحَمُهُمُ ٱللَّهُ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬ (٧١)
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah: 71)

Ukhuwah itu tak ternilai harganya, andai saja kau tahu menghargai. 
Perjuangan itu manis rasanya, andai saja kau tahu apa yang menanti.

Thursday, May 26, 2011

Berpura-pura kuat.

Betapa ruginya jika amal itu bagai debu yang berterbangan. gambar- www.iluvislam.com 





















Kuat dan berpura-pura kuat adalah dua perkara yang berbeza. Dan aku mahu percaya, orang yang berpura-pura kuat masih tergolong dalam kumpulan orang yang kuat. Kerana bagi aku, orang yang lemah takkan mampu pun untuk berlakon atau berpura-pura. 

Pada saat ini, hanya Allah yang mengetahui apa rasanya menjadi Nur Syahidah Adnan. Dan kau takkan mahu berada di tempat aku. Sungguh! Aku tidak sekuat mana, dan aku percaya aku lebih banyak berpura-pura kuat. Namun aku berdoa agar aku sentiasa kuat dan tenang. Berada di kalangan orang-orang mukmin yang kuat. Yang lebih disayangi, dan lebih dikasihiNya. Semoga setiap ujian itu, menambahkan kebaikan dan mengurangkan keburukan.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.”
Riwayat Muslim


Allah, ampuni aku.

Tuesday, May 24, 2011

Jadi kau kena saman trafik!

Banyak cerita aku nak update, tapi belum berkesempatan lagi. Maka, aku update cerita hari ini dulu.

Dua bulan lepas, aku balik daripada teman adik aku cari barang kat uptown Danau Kota pukul 1 pagi. Malas nak tunggu lampu merah yang macam tak perasan aku ada kat situ, aku masuk je kampung aku tu. 

Dan aku nampak lampu biru-biru dari cermin pandang belakang. Tak tipu, aku mencarut dalam hati. Macamana boleh tak perasan kereta peronda yang tunggu belakang kereta aku tadi???chiss!~

Maka, aku kena saman trafik. Dalam kertas tu tulis, pergi Mahkamah Majistret Selayang pukul 9 pagi pada 24 Mei 2011. Dipendekkan cerita, alhamdulillah saman aku dikurangkan daripada RM300 ke RM100 sahaja. Jadi, sedikit sebanyak tips daripada aku:

  • Datang awal, supaya kes kau boleh difailkan segera. Bermaksud, kau akan dipanggil awal, tak payah tunggu lama-lama.
  • Ikut cakap encik/puan polis yang bertugas. Kalau dia suruh bangun masa Tuan/Puan Majistret masuk, sila berbuat demikian.
  • Bila nama kau dipanggil, sila ke hadapan. Encik/puan polis akan tunjukkan di mana kau kena berdiri. (ikut apa yang aku perasan tadi, orang yang kes dia dah lama dan bawak peguam, mereka akan duduk di kandang pesalah. Yang lain-lain termasuk aku, berdiri je depan Puan Majistret tu)
  • Bila kau berdiri kat tempat yang ditetapkan, pertuduhan akan dibacakan. (Pegawai yang bertugas -tak tahu apa nama jawatan dia- akan sebut nama kau, kesalahan kau, di mana, pukul berapa, kenderaan apa..etc)
  • Bila dia tanya mengaku salah atau tidak, sila jawab "SAYA MENGAKU BERSALAH". 
  • Bila dia tanya apa rayuan kamu untuk pertuduhan ini, jawablah kau mintak saman dikurangkan kerana belum bekerjaya, atau anak sulung kena sara keluarga, atau masih belajar...apa-apa alasan yang munasabah dan betul. 
  • Buat muka kesian dan jangan pakai cantik-cantik sangat (haha...ni takde kene mengena pun sebenarnya. Tapi tadi aku pakai baju kurung hijau dengan kasut biru lusuh tu hehe)
  • Maka Tuan/Puan Majistret akan memberitahu apa hukuman yang dikenakan. Dalam kes aku, "kamu didenda RM100, kalau tak bayar, masuk penjara seminggu."
  • Lepas hukuman dibacakan, jangan terus keluar, duduk dulu tempat tadi. Bila Tuan/Puan Majistret dah keluar baru kau boleh keluar dan terus bayar saman tadi.

Sedikit penambahan, sistem saman sekarang ialah, makin lambat kau bayar, makin banyak jumlah bayaran. Tapi itu ikut jenis kesalahan jugak la. Kalau saman kau kategori pertama, tak kisah lah kau bayar awal atau lambat, bayarannya still RM300. Jadi, lebih baik kau masuk mahkamah. Boleh jugak mintak rayuan dikurangkan. (Kesalahan aku adalah kesalahan kategori pertama :| )Boleh rujuk gambar bawah ni:


Jangan risau, Mahkamah Majistret Trafik bukanlah seperti mahkamah jenayah yang besar, luas dan menakutkan tu. Bilik dia kecil sahaja. Meja panjang dan tinggi untuk Tuan/Puan Majistret, 2 meja lain dan beberapa bangku panjang. Aku nak tangkap gambar dalam tu, tapi takut pulak. hehe..



Pesanan aku, berhati-hati di jalan raya. Berhati-hati walau di mana kau berada. Sila peka terhadap keadaan sekeliling. Siapa tahu  ada musuh dalam selimut..??

Saturday, May 14, 2011

Saat itu. Saat ini.

Tahun 1995.

Rumah kami mula didirikan di tanah arwah atuk, yang ketika itu masih lagi sihat walafiat. Setelah puas berpindah randah sejak pulang ke Malaysia, akhirnya kami ada rumah sendiri. Tanah ni asalnya kebun atuk. Masih ada beberapa pokok durian di lot sebelah. Ada 3 lot kesemuanya, rumah kami di tengah-tengah.

Rumah kami dalam pembinaan


Rumah kami baru siap, dari depan. Pokok masih sikit

Di pertengahan tahun itu, kami pindah ke Rawang. Hari pertama persekolahan, ayah dan atuk temankan aku dan Angah. Aku darjah 3, Angah pulak darjah 1. Hari tu merupakan hari kedua peperiksaan pertengahan tahun. Di penghujung 1995 itu, atuk kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Aku dan atuk, kat halaman rumah atuk.
...

Kat depan rumah aku, ada sebatang anak sungai yang mengalir perlahan. Tak dalam, takat buku lali je, kecuali masa hujan. Saat yang paling aku suka di zaman kanak-kanak adalah membuka tingkap di waktu pagi. Kau akan dengar bunyi air terjun dan burung-burung berkicauan. Waktu kecik-kecik, aku dan adik-adik suka tangkap anak ikan dan udang, kononnya nak bela. Of course, seminggu lepas tu dorang semua mati.



Mandi sungai pulak ialah aktiviti bila sepupu sepapat pulang ke rumah wan hujung minggu. Oh yek, aku dan wan tinggal sekampung. Cuma rumah wan kat depan, rumah kami jauh ke belakang kampung. Kadang-kadang dorang mandi depan rumah, tapi selalunye budak-budak lelaki akan berjalan naik sikit lagi ke atas. Ada jeram yang sejuk dan menyegarkan. Kecut-kecut la kulit dorang berendam dalam tu.

Ni masih di depan rumah :)


Operasi 'bersihkan sungai' cik raiy dan adik2. (2008)

Macam aku cakap tadi, walaupun sungai ni cetek, selalu jugak jadi banjir, terutama kalau hujan lebat. Antara yang paling teruk, macam dalam gambar bawah ni:

Langsung tak nampak jambatan. Air dah nak sampai ke pintu rumah. (2008)

Waktu rumah ni baru-baru siap, ada banyak lopak di sekeliling rumah yang tak terkambus. Dalam tu banyak berudu. Kerja aku dan adik-adik petang-petang, main dengan berudu-berudu tu...Kulit berudu ala-ala transparent seingat aku, sebab dari bawah boleh nampak  tali perut dia berpusar-pusar. Aku suka picit berudu tu sampai keluar isi perut. Pastu gelak ramai-ramai ngan adik aku. Heh, memang tak padan ngan pompuan. Tapi 2,3 hari lepas tu mak terus suruh ayah kambus lopak. (Waktu tu aku rasa ayah kejam sebab kambus berudu tu hidup-hidup. Tak sedar diri, yang aku pun sama picit berudu tu hidup-hidup!)

Betul-betul belakang rumah, ada bukit kecil. Kami panggil hutan. Pokok-pokoknye memang tinggi-tinggi. Tahun 1998, keluarga aku pernah berkebun kat bukit belakang tu. Tanam sayur, kacang tanah, bendi, even jagung. Masa tu wan, pak andak, arwah mak chek duduk rumah kami sebab rumah wan buat baru. Tapi tak lama lepas tu kami dapat tau tanah tu ada tuannya. So, wan bercucuk tanam kat bawah aje.

Ni bukan belakang rumah tapi tepi rumah.
Tak jumpa pulak gambar lama belakang rumah.



Binatang liar? Babi hutan tak payah cerita la. Pernah mak aku sidai kain, dia meluru dari hutan belakang tu lalu betul-betul sebelah mak aku. Alhamdulillah tak disondolnya. Pernah jugak babi ni bersiar-siar bawak 1 family turun belakang rumah aku tu. Dulu, pakcik Singh suka ke belakang hutan tu tembak babi. Monyet pun sama, yang mana aku leh tengok macam-macam spesis keluar dari hutan belakang ni. Kalo tak salah mata dan ingatan aku, babun pun ada. Kira bukan tipikal monyet yang korang nampak kat Hutan Lipur Kanching tu la. 

Salah satu spesis yang keluar


Anak ular mati jumpa bawah meja

Kalau ular tu selalu jugak masa kecik-kecik jumpa. Pernah sekali aku nampak warna putih, tapi bukan albino, keluar dari bawah sofa kitorang. Sekarang dah tak sangat la. Pupus agaknya. Lipan dan kalajengking pun pernah la ada. Pernah sekali tu mak aku tergerak hati nak check kitorang yang tengah tidur ni. Rupanya ada cik lipan tidur jugak betul-betul sebelah aku. Bila mak bukak lampu, terus dia lari. Aku pernah bayangkan cik Belang mungkin akan keluar dari situ satu hari nanti haha...

Jadi disebabkan binatang-binatang ni semua (ok, tak semualah..), maka kami jarang tanam pokok-pokok yang bakal disondol babi atau dicurik monyet. Terutama bila wan pindah balik ke rumahnya. Ada jugak la pokok berbuah macam bacang, pulasan, nangka, terap, pisang dan cempedak. Selalu jugak la gaduh ngan monyet-monyet nih berebut buah haha. Kebanyakan flora yang ada kat rumah ialah tanaman-tanaman yang tak perlu penjagaan rapi. Yelah, hujan je yang tolong siram pokok-pokok kat rumah aku ni. Kitorang dah bertahun tak siram pokok. hihi.
...

Tahun 2011.

Semenjak tahun lepas lagi isu tanah belakang rumah ini sudah berbangkit. Satu kawasan small-medium industry akan dibangunkan. Pada awal tahun ini, bukit kecil belakang rumah telah pun digondolkan. Yang tinggal cuma pokok-pokok di sempadan antara tanah kami dan tanah mereka.

Pokok-pokok di sempadan masih ada,
tapi bukit belakang sudah gondol (8 mei 2011)


Minggu ini, kerja-kerja membuat tembok diteruskan. Bunyi pokok patah dan tumbang benar-benar boleh buat orang depress. Maka, cerah sudah lah hutan redup kebanggaan kami sejak kecil ini. Petang tadi, tengok si Raja Udang terbang melilau mencari sarangnya yang dah tiada. Sayu je melihatnya. Harap dia akan buat sarang baru tak jauh dari rumah. Jadi setakat ni, ni lah yang terjadi kat belakang rumah kami.

(8 Mei 2011)

Nampak rumah kami sebelah kiri? (11 Mei 2011)

Pokok-pokok sempadan mula tumbang (11 Mei 2011)

Bakal digantikan dengan tembok 30 kaki (13 Mei 2011)

(13 Mei 2011)

Ayah, di belakang rumah jiran
...

Sebagai pelajar jurusan perancangan bandar, aku memahami betapa kita memerlukan pembangunan bagi 'menghidupkan' sesebuah kawasan. Cuma aku rasa, Rawang ni dah terlalu banyak commercial & industrial area. Tak mahukah mereka menyediakan taman rekreasi untuk kami? Tidaklah entry ini ditulis bagi membantah pembangunan tersebut. Cuma ingin berkongsi dengan korang semua, apa rasanya bila sesuatu yang sangat bernilai itu (alam sekitar) hilang di depan mata. Benar kata orang, sesuatu itu terasa lebih berharga bila ia mulai pergi. Maka, cara untuk kita menghargai sesuatu ialah dengan menyedari ianya boleh hilang pada bila-bila masa. 

Pada saat ini, aku berharap sungai di depan rumah itu akan kekal cantik dan bersih. Yang mana hakikatnya, sampah sarap masih boleh dilihat hanyut dan tersangkut di depan rumah. Banyak kali juga, aku dan adik-adik mengeluarkan sampah dari sungai tu. Tapi kalau sikap manusia yang suka buang sampah merata tu tak diubah, tak mustahil sungai jernih tu boleh bertukar menjadi 'longkang busuk'. 

Imam Ghazali pernah bertanyakan soalan kepada anak-anak muridnya. Salah satu soalan berbunyi, "Apakah perkara paling berat di dalam dunia?" Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. "Semua jawapan hampir benar," kata Imam Ghazali, "tapi yang paling berat adalah 'memegang amanah'."


Dan sedarkah kita yang alam sekitar itu sebahagian daripada amanah Allah untuk kita?
Rasulullah saw bersabda bermaksud : “Dunia ini hijau dan cantik, dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat Muslim)

Hidup ini singkat. Berusahalah. Demi dirimu, juga generasimu. Demi duniamu, juga akhiratmu.

Wednesday, May 11, 2011

BANGKOK not dangerous! part 2

26 Februari 2011
Pagi ni kami akan ke Chatuchak Mall & Chatuchak Market. Shopping!! Sebelum tu, kami ke Huamark Station untuk ambil Ainaa, K.Raja dan Diane. Sebab dorang semua bekerjaya, jadi dorang hanya buleh datang pagi Sabtu ni. Disebabkan hotel majlis kahwin adalah di tempat lain, kami hanya ada 2 jam je tuk shopping. Yeah, I know..bad news for kaki shopping like us all. Heheh. Gambar-gambar di bawah akan bercerita :)

-credit to Abi@Syahir Razak

-credit to Abi@Syahir Razak

-credit to Abi@Syahir Razak




Niza dengan pulut nangka. Ainaa plak dengan pulut mangga. Nyummy!!

The girls! -credit to Abi@Syahir Razak

-credit to Abi@Syahir Razak



Kami dengan pengantin..hehe -credit to Abi@Syahir Razak

7 of Georeka's members. -credit to Abi@Syahir Razak

Pusing-pusing naik tuktuk di Silom -credit to Abi@Syahir Razak




































































Tips lagi untuk sesiapa yang nak ke sana tanpa travel agent, makanan halal boleh dicari di gerai-gerai atau kedai-kedai yang ada paparkan tulisan 'Bismillah', atau 'Allah' dan 'Muhammad'. InsyaAllah halal. Kalau di Hat Yai, korang still boleh jumpa rakyatnya yang berbahasa Melayu dialek Kelantan. Tapi kalo kat Bangkok, rata-rata semuanya berbahasa Thailand.
...

27 Februari 2011
Aku tidur lambat malam tadi kemas backpack aku.  Pagi ni lepas sarapan kami akan ke stesen keretapi untuk beli tiket pulang ke Kuala Lumpur. Celik je mata, Niza dan Oja dah pun hilang. Flight dorang awal pagi sebelum Subuh. Tiba-tiba rasa kosong tengok bilik yang besar tu hanya ada aku sorang. Ceh, sampai hati dorang pergi tak kejut aku. Ke dorang dah kejut, tapi aku yang tidur mati..?ahhahah~

Kami bersarapan berlima. Check wallet, baru perasan duit untuk beli tiket keretapi tak cukup. Disebabkan kat sini ada CIMB Thai, kami decide untuk withdraw duit sebelum ke stesen keretapi. Dipendekkan cerita yang panjang, kami ke 3 CIMB berlainan, pusing satu shopping mall 4 tingkat untuk cari atm, berjalan beberapa blok dari shopping mall tadi, dengan beg yang maha berat tu,  sebelum sedar yang aku takleh withdraw duit semata-mata sebab tak activate kad untuk transaksi luar negara. Memang terbaik la. Terus cari cybercafeactivate-kan kad, withdraw duit dan terus ke stesen keretapi dengan teksi. Aku tidur keletihan sepanjang dalam teksi tu. 

Melilau mencari atm CIMBThai. -credit to Abi@Syahir Razak


K
Kat dalam stesen keretapi ada satu je kedai money changer. Kalau kedai tu tutup, korang masih boleh tukar duit kat information counterPart beli tiket pun lawak jugak bila kitorang ada separuh duit Malaysia dan separuh duit Thai. Kaunter tu accept duit Malaysia tapi daripada tiket harga RM200 (untuk 2 orang), jadi RM300 plak. Cam hampeh je nak tipu orang. So, kami tukar jugak ke duit Thai untuk beli tiket. 

Perjalanan balik ni, kami beli tiket 2nd class sleeper. Special Express 35 (Bangkok-Butterworth) yang mengambil masa 22 jam untuk sampai ke destinasi. Kali ni keretapi aircond, so lega la sikit hehe. Lepas solat dan makan kt KFC (lauk KFC Thai sangat sedap!), kami terus naik. Masuk je maghrib, terus mintak atendan koc tukar kerusi kepada katil. Aku tidur dari maghrib sampai Subuh. Mujur Isya' dah buat jama' skali ngn Maghrib. 

Set KFC ala Thai.

Ni seat duduk pada siang hari. -credit to Abi@Syahir Razak 

Ni pulak katil aku bahagian atas, malam hari. 

Mentari pagi.

Sarapan dalam train

...

28 Februari 2011
Sesampai je Butterworth, kami lepak dulu di Pulau pekena Nasi Briyani Claypot Kambing. Pergh, memang terbaik..!


Beli tiket bas Plusliner ke KL. Lebih kurang jam 5.30 kami bertolak pulang. Sampai je KL, Abu, Iwan dan Qusy dah pun tunggu. Lepas solat di Masjid Negara, dorang tolong hantar sampai ke rumah. Thanks, korang!!
...

Untuk lain kali, aku berharap dapat ke Bangkok lagi tanpa terikat dengan tentatif. Sepupu sepapat pun dah excited nak ke sana naik train, so hopefully rancangan kami menjadi.




So, wanna join us..??:D

ㅋㅋㅋ

Daisypath Friendship tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...