Banyak cerita aku nak update, tapi belum berkesempatan lagi. Maka, aku update cerita hari ini dulu.
Dua bulan lepas, aku balik daripada teman adik aku cari barang kat uptown Danau Kota pukul 1 pagi. Malas nak tunggu lampu merah yang macam tak perasan aku ada kat situ, aku masuk je kampung aku tu.
Dan aku nampak lampu biru-biru dari cermin pandang belakang. Tak tipu, aku mencarut dalam hati. Macamana boleh tak perasan kereta peronda yang tunggu belakang kereta aku tadi???chiss!~
Maka, aku kena saman trafik. Dalam kertas tu tulis, pergi Mahkamah Majistret Selayang pukul 9 pagi pada 24 Mei 2011. Dipendekkan cerita, alhamdulillah saman aku dikurangkan daripada RM300 ke RM100 sahaja. Jadi, sedikit sebanyak tips daripada aku:
- Datang awal, supaya kes kau boleh difailkan segera. Bermaksud, kau akan dipanggil awal, tak payah tunggu lama-lama.
- Ikut cakap encik/puan polis yang bertugas. Kalau dia suruh bangun masa Tuan/Puan Majistret masuk, sila berbuat demikian.
- Bila nama kau dipanggil, sila ke hadapan. Encik/puan polis akan tunjukkan di mana kau kena berdiri. (ikut apa yang aku perasan tadi, orang yang kes dia dah lama dan bawak peguam, mereka akan duduk di kandang pesalah. Yang lain-lain termasuk aku, berdiri je depan Puan Majistret tu)
- Bila kau berdiri kat tempat yang ditetapkan, pertuduhan akan dibacakan. (Pegawai yang bertugas -tak tahu apa nama jawatan dia- akan sebut nama kau, kesalahan kau, di mana, pukul berapa, kenderaan apa..etc)
- Bila dia tanya mengaku salah atau tidak, sila jawab "SAYA MENGAKU BERSALAH".
- Bila dia tanya apa rayuan kamu untuk pertuduhan ini, jawablah kau mintak saman dikurangkan kerana belum bekerjaya, atau anak sulung kena sara keluarga, atau masih belajar...apa-apa alasan yang munasabah dan betul.
- Buat muka kesian dan jangan pakai cantik-cantik sangat (haha...ni takde kene mengena pun sebenarnya. Tapi tadi aku pakai baju kurung hijau dengan kasut biru lusuh tu hehe)
- Maka Tuan/Puan Majistret akan memberitahu apa hukuman yang dikenakan. Dalam kes aku, "kamu didenda RM100, kalau tak bayar, masuk penjara seminggu."
- Lepas hukuman dibacakan, jangan terus keluar, duduk dulu tempat tadi. Bila Tuan/Puan Majistret dah keluar baru kau boleh keluar dan terus bayar saman tadi.
Sedikit penambahan, sistem saman sekarang ialah, makin lambat kau bayar, makin banyak jumlah bayaran. Tapi itu ikut jenis kesalahan jugak la. Kalau saman kau kategori pertama, tak kisah lah kau bayar awal atau lambat, bayarannya still RM300. Jadi, lebih baik kau masuk mahkamah. Boleh jugak mintak rayuan dikurangkan. (Kesalahan aku adalah kesalahan kategori pertama :| )Boleh rujuk gambar bawah ni:
Jangan risau, Mahkamah Majistret Trafik bukanlah seperti mahkamah jenayah yang besar, luas dan menakutkan tu. Bilik dia kecil sahaja. Meja panjang dan tinggi untuk Tuan/Puan Majistret, 2 meja lain dan beberapa bangku panjang. Aku nak tangkap gambar dalam tu, tapi takut pulak. hehe..
Pesanan aku, berhati-hati di jalan raya. Berhati-hati walau di mana kau berada. Sila peka terhadap keadaan sekeliling. Siapa tahu ada musuh dalam selimut..??