Assalamualaikum semua.
Semalam ketika membaca al-Quran, aku melewati Surah Ibrahim ayat 7 yang berbunyi:
{وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ {7
Terdetik untuk berkongsi dengan korang mimpi aku sekitar 2 tahun lepas. Mimpinya agak kabur, cuma ayat di atas terngiang-ngiang sebaik sahaja aku membuka mata. Datang studio pagi itu, terus aku tanya kawan aku lulusan Darul Quran, cik uyun, dalam surah apa ayat tersebut. Dan kemudian aku mengamati maknanya. Yup, go on...sila rujuk terjemahan Quran sekarang. Maksud ayat tersebut lebih kurang begini:
"Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Ibrahim 14: 7)"And [remember] when your Lord proclaimed, 'If you are grateful, I will surely increase you [in favor]; but if you deny, indeed, My punishment is severe." (Abraham 14: 7)
Sentap kan? Tertanya-tanya kepada diri sendiri, mengapa agaknya ayat itu muncul dalam mimpi? Adakah cukup rasa syukur selama aku hidup di muka bumi ini? Atau memang tidak pernah puas dengan apa yang Tuhan kurniakan. Yang ada dibiar, yang tiada dikejar. Walau mimpi kadang hanya mainan tidur, namun aku yakin, ia peringatan halus dari Tuhan.
Teringat kisah saat Rasulullah S.A.W ditanya oleh Saidatina Aishah, apabila melihat baginda berterusan bersembahyang sehingga menyebabkan kaki baginda bengkak. Aisyah berkata: "Bukankah Allah telah mengampunkan dosamu yang terdahulu dan yang akan datang?
Baginda menjawab: "Salahkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?"
Bagaimana pula dengan kita? Dengan cara apa kita mengekspresikan rasa syukur kita? Kadang kita terlupa, di akhir waktu nanti kita bakal ditanya tentang segala nikmatNya yang diberi, bukan yang telah pergi.
{فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {13
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (Ar-Rahman:13)
"So which of the favors of your Lord would you deny?" (Ar-Rahman 55: 13)
Semoga Allah sentiasa mengilhamkan kita supaya tetap rasa bersyukur dengan segala nikmat yang telah Dia kurniakan. Amiin.
...
Macamana dengan korang? Ada kisah mimpi atau kisah syukur untuk dikongsikan? :)
aku mimpi baca surah alfatihah dengan sorang kawan baik aku, seorang lelaki. baca kongsi quran kat umah nenek aku. tade benda nak kongsi just nak kau tolong terjemahkan kalau boleh. ahaks
ReplyDeletecik taro:
ReplyDeletehaha...malangnya aku bukanlah penafsir mimpi :P
still kawan baik ngan budak tu..?haa...ntah2 jodoh ko tak?hiihi.
aku ada gak mimpi 2 3 kali jadi betul
ReplyDeleteikut kelebihan mak kot. tu aku harap2 aku dapat ferrari ahahhah
yeop:
ReplyDeletehaha...kalo ko dapat kereta ferrari tu, sila tolong mimpi aku cepat smpai jodoh pulak iye..kihkih.