My photo
Rawang, Malaysia
“Travel helps reset your current path for a bit, reminds you that life is bigger than what you've been seeing everyday, and makes your problems small compared to it."

Thursday, September 8, 2011

tudung: tiga segi atau bulat?


Raya kedua.

Lepas beraya sakan kat Rawang, kitorang bergerak balik kampung Taiping pulak. Macam biasa, ada family yang masih kat rumah opah, ada yang dah balik ke kampung dorang yang lain. Opah dan Tok Wan, alhamdulillah masih lagi sihat. Cuma kadang-kadang, sakit-sakit orang tua menjengah juga.

Paling best bila salam dengan Wan Nora, dia tegur, "Eh, kenapa nampak lain? Macam dah gemuk sikit.." Erk...baru raya kedua dah mendadak naiknya?? Okay, kena start puasa enam secepat mungkin!haha~

Dalam ramai-ramai tu, kelibat sorang sepupu buat aku terpaku untuk beberapa saat. Nampak lain je kan. Hurm...Ouh, D (of course, bukan nama sebenar) dah pakai tudung bulat!..

Kalau tak salah, D lebih muda 4 tahun daripada aku. Keluarga dia baik-baik. Dorang pernah duduk beberapa tahun di UK waktu ayahnya sambung belajar. Sekolah menengahnya, bukan sekolah agama. Bukan juga universiti Islam mahupun mengambil pengajian berkaitan Islam. Tapi ya, dia memakai tudung labuh sekarang.


Refleks semula diri sendiri. Dari tadika sampai ke universiti, semua sekolah aku sekolah 'Islam'. 5 tahun  pakai tudung labuh walau hanya di asrama. Siap boleh gunting dan jahit sendiri tudung sekolah.  Ada peluang yang banyak untuk mengikuti 'Bulatan Gembira', bak kata Inche Gabbana. Tetapi tudung aku sekarang?? Tudung singkat segitiga. Atau terkadang lilitan  kain panjang dipanggil selendang. Terasa bagai penampar singgah di kedua-dua pipi. Gosok-gosok, perit.

Aku sentuh jahitan tengah tudungnya. "Ha, D. Ni dulu kalau akak kat sekolah, kitorang suka jahit macamni. Tudung warna lain, benang warna lain sikit. Nampak outstanding..hahaha"

"Ouh, tudung ni bukan saya yang jahit. Saya belum lagi pandai jahit tudung bulat. Ni pun orang kasi, ada beberapa helai je. Akak pandai yek buat tudung bulat? hadiahkan kat saya please...tak payah bagi duit raya tahun depan..hehe", balas D riang gembira.

Sentap lagi. Ye, saya pandai buat tudung bulat. Dan ye, saya tak pakai pun tudung bulat. :|

Teringat cerita seorang sister, beberapa tahun nan lalu dalam sebuah Bulatan Gembira. Katanya dia mula memakai tudung labuh selepas habis sekolah menengah, bila berjinak-jinak dengan bulatan gembira ni lah. Dan keluarganya tak berapa suka. Terutama kakaknya yang freehair. Selalu kene ejek, macam 'tudung saji bergerak'... Erkk, kalau tak kuat iman, boleh hilang terus tudung dipersenda darah daging sendiri. Alhamdulillah, sister tu tetap dengan pendiriannya.

Berbalik kepada diri sendiri. Keluarga sendiri. Mak dan ayah pastinya lebih dari berbangga kalau anak-anak gadis mereka ni pakai tudung labuh. Kompem. Takde halangan langsung. Malah digalakkan lagi. Kami bertuah, dilahirkan dalam keluarga yang punya fikrah Islamiyah. Cuma anak-anak ini.........

"Kau emo apa nih?..tudung tiga segi dengan selendang kan tutup aurat jugak? Pakailah labuh paras dada..baju biar longgar..duh!~"

Well yes, memang pun masih menutup aurat. Cuma terkadang terlepas pandang, ada jugak pakai tak cukup syarat. Jangan tipu, mengaku aje. Terkadang tudung bawal jarang benar. Atau tudung segi digayakan ngam-ngam atas dada. Atau  selendang nampak lebih 'membungkus' daripada melindungi. Fashion statement, instead of declaration of faith?

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Ighfir dzunubi ya Allah.

"So, apa perjuangan kau kat sini? Nak tukar terus tudung labuh?"

Teringat entry Inche Gabbana, "saya ekstrem dan saya okayh". Sikit punya like and post kat wall. haha. Well then, are you extreme enuff dear miss Syahidah??? Ouh, aku berharap aku cukup ekstrem dalam mengejar rahmat Allah, dalam mendapatkan syurgaNya. Percayalah, saya akan berusaha!

...
So, this is a reminder, especially for myself. Setiap kali mahu keluar rumah, belek semula diri sendiri depan cermin. Tak kisah tudung tiga segi atau bulat, yang penting cukup labuhkah? Baju cukup longgarkah? Aurat terlindung atau 'terbungkus'? Tak perlu wangian extreme, tapi jangan sampai badan berbau. Tak perlu mekap extreme, tapi jangan sampai nampak macam baru bangun tidur. Bersederhana.

Paling penting, apa Allah akan kata kalau aku pakai macamni-macamtu, instead of pening-pening fikir apa orang lain nak kata...


p/s: start today, not tomorrow. :)

11 comments:

  1. taiping kat mana tu ?

    bukit gantang? cangkat jering ?

    ReplyDelete
  2. yeop:
    matang :)
    menghala ke kuala sepetang. ko asal mane?

    ReplyDelete
  3. erm..suka post ini. suami pun tny, bila nak pakai balik tudung bulat, tp cuma mampu jawab, insyaallah..

    ReplyDelete
  4. Basyi..:D
    Basyi tak pakai tudung bulat pun, tudung 3 segi Basyi bidang 50-60 kan? Lain daripada akak, pakai standard 45 je. kadang2, rindu sangat suasana maahad...sebab kat sana, usaha nak jadi lebih baik tu, lebih kuat dari kat umah :(

    Moga dipinjamkan kekuatan daripadaNya. :)

    ReplyDelete
  5. pashmina pun boleh jadi bidang 50-60 dah macam ustazah pilihan dah aku pakai macam tu.. T__T

    ReplyDelete
  6. Umie Artoqiemie:
    pashmina memang agak besar daripada selendang lain..tp xbape reti nak menggayakannya..haha

    ReplyDelete
  7. Pakai jgn tak pakai.... Cepat ...jgn tunggu lama2... aku orang pertama akan sokong kamu...

    ReplyDelete
  8. mak:
    it's a big step. i'm trying :)

    zahidah:
    ;) terima kasih. i'm one of ur silent reader. berbesar hati kamu singgah sini :))

    ReplyDelete
  9. Allah hai. Saya lagi terharu ada yang sudi baca blog tu. Rasanya akak ni kakak kepada senior saya kat uitm kan?

    ReplyDelete
  10. zahidah:
    yeah, i believe so. tapi tak tnya pun lagi dekat my sis..hehe. you both know each other?

    ReplyDelete

ㅋㅋㅋ

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Wedding tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...