My photo
Rawang, Malaysia
“Travel helps reset your current path for a bit, reminds you that life is bigger than what you've been seeing everyday, and makes your problems small compared to it."

Saturday, April 23, 2011

Aku anak manja?

Tujuh beradik. Dan aku ialah anak sulung. Sudah hampir 25 tahun aku bernafas di atas muka bumi ini. 

Tipikal anak sulung, mereka bersikap dan berfikiran lebih dewasa. Selalunya memiliki daya analisa yang lebih kuat memandangkan mereka selalunya menjadi tonggak/harapan keluarga. Mereka juga selalunya mempunyai ciri-ciri pemimpin apabila dari kecil dipupuk untuk menjaga  dan mengambil berat hal adik-adik yang lain.
Ishraaq Iqbal, si bongsu

Adik Ishraaq, si bongsu yang baru berumur sembilan tahun. Anak bongsu, dia lah yang paling manja dan mengada-mengada sekali dalam rumah ini. Yang paling jarang kena marah, dan yang paling banyak dapat hadiah. 


Ok, mari buat kira-kira. 

25 tahun aku duduk dengan mak dan ayah. 25 tahun juga aku berkongsi segala cerita dan masalah dengan mereka, juga mendengar dan merasai masalah mereka. Adik pula, baru sembilan tahun menjadi si manja dalam rumah. Maka siapakah yang paling manja sekali?








Ya, aku memang suka matematik. Dan ya, aku anak manja.

4 comments:

  1. mala:
    hehe, trimas singgah blog akak...lawak eh post nih? :P

    ReplyDelete
  2. puji diri sendiri. hahahha. yg part awal tu, aku rasa semua along macam tu kot. hahahah :P
    just kidding.

    ReplyDelete
  3. nina:
    sebab tu part awal aku tulis 'tipikal anak sulung'. ni bukan puji diri sendiri, saja nak rasa paling manja dalam family hahahaha...(sebab tipikal anak sulung, bukan paling manja dalam family..hihi)

    ReplyDelete

ㅋㅋㅋ

Daisypath Friendship tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...