My photo
Rawang, Malaysia
“Travel helps reset your current path for a bit, reminds you that life is bigger than what you've been seeing everyday, and makes your problems small compared to it."

Monday, April 25, 2011

Tanah Haram (1)

Flight kami dijadualkan bertolak pada 4 April. Bermaksud aku ada kira-kira tiga minggu lagi untuk membayar baki pakej sebanyak...err, riban-riban gak la. Mana aku nak cari duit banyak-banyak tu? Aku cuma keje part time je ngn lecturer. Dapat elaun ada la lekat celah gigi. Dalam ramai-ramai yang pergi, aku sorang je yang masih belum bayar sepenuhnya. Ustazah Ramlah dah cukup bermurah hati nak bagi aku extra time. Cuma masalah aku bukanlah masa, tetapi wang. 

Takpe, insya Allah kalau dah memang saatnya aku jadi tetamuNya, ada lah rezeki untuk aku. Sebab memang setiap hari aku dah terbayang-bayang kaabah. Usaha jelah, mana tahu ada orang kaya yang dah tak tahu nak letak duit kat mana bermurah hati sponsor aku...haha. Tak tipu, aku memang selalu bayang macam tu.
...

Minggu tu kami balik kampung. Aku memang tak bukak mulut, tapi rupanya dorang bercerita pasal aku nak pergi umrah dengan wan (nenek belah mak) dan Idahnor (sepupu). Dua hari je kat kampung. Hari kedua, ayah pergi pekan beli barang dapur. Bila balik, bukan barang dapur je yang ada tapi duit skali. Rupa-rupanya opah (nenek belah ayah) suruh ayah keluarkan duit dia dan bagi pada aku. Serius, sepanjang perjalanan balik rumah aku senyum sembunyi-sembunyi!! Terima kasih opah!! (ya, sebagai cucu yang baik, aku akan bayar balik duit opah..korang jangan risau!).
...

Aku bayar pada Ustazah Ramlah betul-betul dua minggu sebelum tarikh dijangka bertolak. Isnin tu, 28 Mac tiba-tiba mak telefon kat tempat kerja, lebih kurang lepas zohor. 

"Along, ustazah baru call. Flight korang tukar tarikh!" nada mak aku suspen. Aku lagi la suspen. Aih, main tukar-tukar tarikh pulak?

"Tukar tarikh, makin awal ke makin lambat?" tanya aku. "Makin awal," mak aku jawab pendek. "Awal bila mak?" aku tanya lagi. Dalam hati, dup dap tak hengat!~

"Awal Khamis ni! Flight tengahari, pagi-pagi da kena bertolak ke sana. Bagitau Idahnor sekali tau!," jawab mak aku.

Jaw dropped.

Ok, memang lawak. Aku langsung tak pack barang apa pun lagi. Duit gaji last belum dapat lagi. Barang-barang Naim Chicuqe (kawan sekolah belajar di Madinah) pesan satu pun tak beli lagi. Barang-barang aku lagi lah kan..Dan aku ada dua hari je lagi tuk buat semua di atas, di mana siang harinya aku bekerja. Lalalalala~

31 Mac 2011

Akhirnya setelah kelam kibut beli barang dan kemas bag malam tadi, tepat jam 10 pagi aku dan keluarga dah terpacak kat KLIA. Aku cuma bawak satu beg roda Swiss Polo merah 20". Percaya atau tak, separuh daripada beg tu penuh dengan maggi pesanan Naim Chicuqe. Ahhahaha~

Wan aku tak berapa sihat. Maka, kami angkut sekali wheelcha dari rumah. Itu antara sebab aku bawak satu beg je. Alhamdulillah jugak la kami pergi bertiga. Kalo tak, mana nak sorong wheelcha lagi, mana nak angkut beg-beg lagi nanti. 

Idahnor, wan, pak uda
...

Kami bertolak ke Jeddah dari KLIA menaiki pesawat MAS MH150. Bertolak lebih kurang pukul 3.30 petang dan sampai sana lebih kurang 6.30 petang waktu Saudi Arabia (atau 11.30 malam waktu Malaysia). Tak banyak bunyi, makanan dalam MAS memang heaven! Aku sangat berpuas hati dan dapat tidur dengan lena walaupun kerusi dia keras semacam. Biasalah, kelas ekonomi.

Beef steak terbaik. Lembut dan juicy.

Aiskrim!!

Beef stew untuk makan malam

Sesampainya kami kat sana, kami terus di bawa ke airport haji. Setelah lama berbaris untuk pemeriksaan imigresen, kami bersedia untuk mengambil beg. Yang seronoknya, beg-beg dari Malaysia masih belum kelihatan. Boleh dikatakan hanya 1/4 sahaja bagasi dari pesawat MAS muncul ketika itu. 

Sejam. 

Dua jam.. 

Tiga jam... 

Kami dah makin letih. Perut berbunyi-bunyi. Wan kami dah 'parking' dengan wheelcha kat satu sudut sementara aku dan Idahnor ke hulu ke hilir mencari beg setiap kali laluan beg bergerak. Rancangan asalnya adalah supaya kami dapat bersolat subuh di Masjid Nabawi, Madinah. Tapi dalam keadaan macamni, memang tak sempat. 


Sabar menanti beg-beg penerbangan MH150
Enam jam...... 

Kesabaran itu janganlah sekali-kali disalah tafsir. Seorang wakil jemaah dari Tabung Haji tak silap mengumpulkan kesemua penumpang MAS dan memanggil wakil setiap travel agency. Perbincangan adalah berkisar samada nak keluar makan dahulu di luar (kebanyakan wakil travel agency dah menunggu dengan makanan di luar airport) atau terus menunggu. Aduan telah dibuat, tetapi kami seperti dianaktirikan. 

Meeting para wakil travel agency

Akhirnya, saat semua jemaah hampir keluar dari lapangan terbang tanpa mengambil beg masing-masing, dua orang wakil MAS sampai. Selepas scene beberapa minit, akhirnya beg kami keluar. Apa yang terjadi? Takde apa-apa pun. Wakil MAS menerangkan pemandu bagasi tidak sengaja membawa semua beg-beg kami terus ke dalam stor kargo. Ya, kami semua sangat senang hati dengan penerangan beliau dan mengucapkan ribuan terima kasih atas tindakan beliau menolong kami selepas enam jam kami melepak di ruangan mengambil bagasi sambil melihat jemaah dari negara-negara lain mengambil beg mereka dengan mudah dan gembira.



No comments:

Post a Comment

ㅋㅋㅋ

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Wedding tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...