My photo
Rawang, Malaysia
“Travel helps reset your current path for a bit, reminds you that life is bigger than what you've been seeing everyday, and makes your problems small compared to it."

Tuesday, May 10, 2011

BANGKOK not dangerous! part 1


Stesen keretapi Hat Yai. -credit to Abi@Syahir Razak

Aku nak berkongsi pengalaman mengembara ala backpackers menaiki keretapi ke Bangkok beberapa bulan lepas. It was a priceless experience, which make me want to do it again and again. But of course, to different countries each time.

Aku ke Bangkok untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan studio kami, Zulaikha Nurulzuhri Zahar a.k.a Zue yang berkahwin dengan jejaka Bangkok pilihan hatinya, Poe Davudh Benjameen a.k.a Mohd. Rancangan asalnya, aku dan beberapa orang budak studio akan pergi beramai-ramai menaiki keretapi ni. Tapi last minute ramai plak yang cancel, so tinggal lah aku dengan Abi. Ada lima orang lagi kawan studio yang pergi tapi dorang naik flight
...

*Tips untuk korang, ada dua pilihan untuk ke Bangkok menaiki keretapi. Pertama, korang boleh naik KL-Butterworth-Bangkok, atau kedua KL-Hat Yai-Bangkok. Untuk opsyen pertama, korang kene tunggu 6 jam di Butterworth sementara menunggu keretapi ke Bangkok. Dan hanya ada 1 keretapi ke Bangkok petang tu. Katakan korang terlepas, korang kene tunggu esok pagi untuk menaiki keretapi seterusnya. Mungkin sesuai untuk sesapa yang nak singgah jalan-jalan di Butterworth.

Untuk opsyen kedua, hanya perlu tunggu 4 jam untuk keretapi pertama ke Bangkok. Dan katakan korang terlepas keretapi, masih ada 4 keretapi ke Bangkok pada petang hari yang sama. Cuma kat Hat Yai, bahasa akan menjadi dugaan terbesar korang. Sesuai untuk sesapa yang nak sampai cepat macam kami. haha~
...

23 Februari 2011
Dari Rawang, kami menaiki keretapi Senandung Langkawi, 2nd class seater tepat jam 10 malam. Keretapi ni akan terus ke stesen HatYai, tetapi berhenti di Padang Besar untuk pemeriksaan imigresen. Koc kami penuh dengan backpackers dari pelbagai negara. Serius, buat aku teruja. Kami berkenalan dengan dua orang pakcik dari Banglore, India. Katanya, dia sangat suka datang ke Malaysia. Setiap 6 bulan, dia akan turun ke Singapura, kemudian travel ke utara menaiki keretapi. Antara destinasi wajib singgah mereka; Kuala Lumpur dan Phuket.

Backpakers on our coach. -credit to Abi@Syahir Razak

-credit to Abi@Syahir Razak
...

24 Februari 2011
Kami sampai di Padang Besar kira-kira jam 8 pagi. Pastikan korang bawak semua beg turun untuk pemeriksaan imigresen dan kastam. Kami bersarapan di cafe atas sementara menunggu keretapi bersedia. Kat sini, 2 koc akan dipisahkan dan bersambung dengan kepala keretapi Thailand untuk ke Hat Yai. Lebih kurang jam 9 pagi, kami teruskan perjalanan ke Hat Yai. Padang Besar dan Hat Yai tak jauh, lebih kurang sejam perjalanan keretapi.

Antara pemandangan Padang Besar-Hat Yai



Perkara pertama setibanya di stesen Hat Yai ialah beli tiket ke Bangkok. Sebenarnya boleh booking online, tapi harganya lebih mahal. Selepas cuba berkomunikasi dengan beberapa petugas, akhirnya kami berjumpa dengan seorang auntie yang boleh bercakap English (beserta loghat Thai). Kami beli tiket paling awal (sebab nak kejar jadual tourist guide keesokan harinya), dan sefaham kami, tiket yang kami beli ialah 2nd class seater aircond.


Perkara kedua yang kami lakukan, tukar duit kat money changer, hanya seberang jalan stesen tersebut. Mandi, solat, dan buat maggi yang dibawa dari Malaysia untuk makan tengahari kami.

Tuktuk. -credit to Abi@Syahir Razak

Lunch kami, maggi dari Malaysia. -credit to Abi@Syahir Razak

Train sampai.

To our surprise, tiket yang kami beli rupa-rupanya tiket 2nd class seater fan. Fan=kipas. Kipas, okay..takde aircond! Sangat old school. Kocnya daripada kayu dan kerusi aku bergoyang-goyang sebab hilang skru. Penat jugak aku gelak tuk beberapa minit yang pertama.

Old school, I told cha.

-credit to Abi@Syahir Razak

Seat number kami. -credit to Abi@Syahir Razak

Keretapi kami, Rapid 170 mengambil masa 19 jam untuk sampai ke Bangkok. Selepas delay sejam, kira-kira jam 3.30 petang (waktu Thai) baru kami gerak. Boleh kata di setiap perhentian, akan ada penjaja makanan naik. Sangat menyelerakan, tapi tak berani nak beli. haha.

Oh yek, kali ni kami berkenalan dengan 2 orang akhi dari Maghribi (Morocco). Dengan semangatnya, keluar la balik Bahasa Arab Komunikasi masa PMR dengan Bahasa Arab Tinggi masa SPM dulu. Sangkut-sangkut jugak, tapi dapat la faham, dorang pergi dari masjid ke masjid untuk mengajar agama (macam tabligh la..). Dorang baru je ke Kepong sebelum nak ke Bangkok ni. Dapat jugak la cerita kitorang ni student town planning, pergi Bangkok untuk attend wedding kawan..hehe

Untuk yang curious, kitorang solat dalam keretapi je sepanjang perjalanan. Solat sambil duduk (since kitorang amek seater). Untuk girls yang nak travel camni, the good news is toilet keretapi Thailand berkali-kali ganda lebih bersih dan selesa daripada toilet keretapi Malaysia. So, takde masalah korang nak duduk lama-lama dalam tu, haha.
...

25 Februari 2011
Selepas Subuh, baru perut rasa lapar. Yup, maggi tengahari semalam adalah makanan terakhir kami. Untuk sarapan, aku hancurkan 1 tin kecil sardin bersama biskut kering. Sedap tak terkata, perghh!~

Sarapan pagi biskut hancur dan sardin. Perasan tingkap kayu kat belakang aku?haha
-credit to Abi@Syahir Razak
Stesen keretapi Bangkok

Kira-kira jam 10.30 pagi baru kami sampai stesen Bangkok. Kami terus ambil teksi untuk ke hotel. Hotel kami terletak di Ramkhamhaeng. Juga kerana masalah bahasa, pakcik teksi tak tahu kat mana letaknya hotel tu, dan dia tak boleh baca tulisan rumi!!! Gila mencabar. 2 kali pakcik tu berhenti tuk tanya orang tepi jalan. Nak jadi cerita, handphone aku dua-dua bateri flat. Handphone abi plak takde kredit. Memang terbaik! Akhirnya, pakcik teksi tadi bertindak bijak dengan menalipon nombor travel agent kami yang bertulisan rumi tu. (Nasib jugakla Abi bawak kertas tu).

Sampai je kat hotel, tanpa belas kasihan K.Sue (kakak Zue) terus arahkan kami naik van. Umm, satu van dah pun bertolak ke Pattaya. Van ni je tunggu kami. Yang 'seronoknya' ialah kami sempat tukar baju dan cuci muka jek. Sangat toya muka ini...

Di Pattaya, kami ke Tiger Zoo Sriracha, Pattaya Floating Market, dan aktiviti sightseeing di Pantai Pattaya. Oh, waktu ni bateri kamera aku flat terus, jadi takde langsung gambar zoo. Gambar yang ada kat bawah pun kebanyakan dari kamera Abi. Tengah malam, barulah sampai hotel. Aku sebilik dengan Niza dan Oja. Disebabkan dorang tak pergi Pattaya tour, dorang dah pun tidur waktu aku sampai. Waktu ni baru aku perasan, kaki aku bengkak-bengkak.



-credit to Abi@Syahir Razak

-credit to Abi@Syahir Razak
Pattaya Beach from up -credit to Abi@Syahir Razak


-credit to Abi@Syahir Razak

...

Bersambung...

3 comments:

  1. ohhh mmg giler penat upenyerr travel ngan trai 19 jam?! what?!! hehehhe..coz i thought i wanna backpacking to Thailand w my mom..HAHHAHAHHA tq dear for sharing mmg sgt sgt sgt xsesuweiii..hehhe..neway scenery photos r incredible! :) via Nina Hamdan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hola cik sizzling suzai :)

      thanks for dropping by ke blog yg penuh sawang ni!!:P

      19 jam? lebih rasanya..19 jam tu dari Hatt Yai ke Bangkok. Kalo dari KL ke Hatt Yai lebih dari 29 jam..;)ada jugak express Butterworth-Bangkok, but still lebih kurang 23jam..

      however, the experience worth it ^^

      Delete
  2. Assalamualaikum kak Chieyda.. nak rasa train paling best.. meh la datang Afrika.. memang akan rasa africa hehehehee.. :D

    ReplyDelete

ㅋㅋㅋ

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Wedding tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...