Untuk sambungan cerita kembara aku ke
tanah haram, aku paparkan gambar-gambar sepanjang berada di Mekah.
Well, a picture paints a thousand words, aite?.
(aku saje besarkan gambar. agak terlebih di situ hehe)
Tapi sebelum tu, satu kisah menarik sepanjang kami di Mekah. Alhamdulillah kami dipermudahkan untuk bergayut di Multazam (juga tempat doa mustajab) dengan bantuan seorang pakcik Pakistan. Aku memang betul-betul nak bergayut di situ. Asalnya, kami berdua memberi laluan pada pakcik Pakistan tu untuk keluar dari kawasan Multazam. Mungkin kesian melihat kami 2 orang wanita asia yang kecil molek termangu-mangu mencari ruang, pakcik ini berbaik hati menolong kami. Ditolaknya kami ke arah pintu Kaabah sambil menolak-nolak jemaah lain di depan kami. Dan mungkin dia menganggap kami ni macam anak-anak kecil bila dia angkat kami dari belakang supaya dapat kami bergantung di Multazam (waktu tu xde pulak rasa malu haha). Malahan, sementara kami berdoa, dia menunggu di situ supaya takde jemaah lain yang menolak atau mengganggu kami. Dan selepas kami turun, dia terus berlalu tanpa mengharap sebarang balasan atau wang saku. Moga rahmat Allah bersama-sama pakcik tersebut.
|
Wada' di Masjid Nabawi sebelum berangkat ke Mekah |
|
Umrah pertama |
|
Setengah jam di Jabal Rahmah |
|
Ladang-ladang unta |
|
Miqat di Tannaim |
|
Bersama makcik Turkey |
|
Makcik Iraq ajak bergambar |
|
Sumayyah dan adik-adiknya dari Riyadh. |
|
Masjid arRahman (masjid terapung), Jeddah |
|
Sementara menunggu pintu dibuka |
Bukan semua orang akan dijemput Allah untuk menjadi tetamuNya. Tapi, sementara korang masih muda, cepat-cepat lah tanam hasrat dan berusaha. Pada pendapat aku, lebih baik pergi waktu muda, sementara tubuh masih kuat dan segar. Lagipun, siapa dapat menjangka kita akan mati di usia bila?
Aku agak terusik waktu mendengar kata-kata Amy Search sewaktu menjadi tetamu jemputan dalam rancangan
bual bicara Selami Jiwa Dato' Dr Fadzilah Kamsah kt Astro Oasis. Ayat penuhnya aku tak ingat, tapi lebih kurang macamni lah,
"Allah tu sentiasa ada masa untuk kita. Dah berapa lama kita hidup, tak pernah pun Dia lupakan kita. Tapi, takkan la kita takde masa walau 14 hari pun (pakej standard umrah 2 minggu) untuk Dia?" Kata-kata ni dia lontarkan kat Allahyarham Loloq, waktu Amy nak ajak Loloq buat umrah. Masa aku dengar ayat tu, aku pun terpukul. Okay, mungkin lah tak semua orang mampu mengerjakan ibadah umrah/haji. Tapi ibadah yang mampu-buat kat rumah tu, dah cukup sempurna ke? Padahal rahmat Allah tu melimpah ruah. Dah cukup ke rasa syukur kita terhadap semua yang Dia beri selama ini?
(وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬ (٧
Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras."
Fikir-fikirkan kawan-kawan semua. Semoga bermanfaat.
bestnyeeeee
ReplyDeleteaku kalu dah banyak duit dah lame pergi sane ahahahahah
jurnal murahan a.k.a. yeop:
ReplyDeletehehe, aku pun tak berduit. tapi yang cuba aku cerita dlm post "the Great Escape", kalau kita betul2, (I mean BETUL-BETUL!!) nak ke sana, dan Allah memang dah pilih kau sebagai tetamuNya, insyaAllah Dia akan tunjukkan jalan :)
Subhanallah lepas baca Kak Shida punya story makin teringin nak pegi sana. Memang dah lama berniat, tapi masih belum yakin :( Doakan ye kak, Mala boleh pergi dalam masa terdekat ni :)
ReplyDelete"Allah tu sentiasa ada masa untuk kita. Dah berapa lama kita hidup, tak pernah pun Dia lupakan kita. Tapi, takkan la kita takde masa walau 14 hari pun (pakej standard umrah 2 minggu) untuk Dia?" (renungan untuk diri sendiri)
mala:
ReplyDeleteakak rasa awk lebih faham LOA daripada akak. use it wisely dear. mana boleh tak yakin. kalau nak tunggu sampai betul2 bersedia, memang sampai bila-bila pun xsedia..:)
tahniah terpilih sebagai salah seorang tetamu Allah....hmmmm....jujur, aku saaaangat2 jeles....jujur, menitis air mataku membaca keempat2 siri....hmmmmm.....
ReplyDeletepermudahkan urusan kami utk bertemu-Mu Ya Allah....kurniakan kami kemurahan rezeki dari segala segi....pimpin hati dan jiwa kami, ya Allah...
hmmmmm......T_____T
--a-- a.k.a. dieyl:
ReplyDeletealhamdulillah, syukur sangat2. insyaAllah kau pun akan ke sana tak lama lagi. asalkan kau benar-benar nak pergi, asalkan kau benar-benar berusaha untuk pergi..:)
baeklah....:) benar2 terasa rindu yg amat2 mendalam....huhuhuhuh.... :")
ReplyDelete