My photo
Rawang, Malaysia
“Travel helps reset your current path for a bit, reminds you that life is bigger than what you've been seeing everyday, and makes your problems small compared to it."

Saturday, April 23, 2011

The Great Escape

Aku tidak pernah mengetahui konsep 'the Great Escape' kecuali lagu The Great Escape nyanyian Boys Like Girl. Lagu tu menyanyi-nyanyi dalam kepala aku untuk beberapa lama sejak kali pertama aku mendengarnya. Sehinggalah tahun lepas bilamana seorang rakan baik aku -juga merupakan musuh ketat aku-merasakan dirinya tidak layak didampingi sesiapa dan memuntahkan idea ni. Asas ideanya adalah pergi ke sesuatu tempat, on the other side of the world, tak mengenali mahupun dikenali sesiapa dan.........................vanish!!

Saat itu sudah tentu sebagai rakan yang baik aku menghalang niatnya, menasihatinya dengan penuh kasih sayang seorang rakan, meyakinkan dia bahawa setiap manusia itu bernilai dan layak mendampingi dan didampingi. Dan selebihnya, aku merasakan ia adalah idea bodoh seorang yang putus asa dan kecewa terhadap diri sendiri, tak mahu berdiri takut memandang realiti. 

Dan takdir memainkan peranan.

Beberapa bulan selepas idea gila ni dibentangkan, sesuatu berlaku. Berlaku dalam hidup aku yang mana merubah terus pandangan aku terhadap kehidupan, dunia, cinta dan lelaki. Ayat tak boleh belah. Okay-okay...aku ngaku jela, aku putus cinta. So pathetic, I know. Dan idea tuk melarikan diri nih tiba-tiba meresap terus ke segenap otak aku saat itu. "Ya, mari buat the great escape versi syahidah adnan!!" berbisik-bisik hati aku setiap hari dan melupakan terus pandangan pertama aku terhadap idea ni.

Maka ini yang aku lakukan:
  1. Pasang niat 
  2. Berdoa
  3. Berusaha sedaya mungkin supaya pelan aku berjaya

Macam senang je nak buat kan? Sebenarnya tak senang sangat. Terutama yang no 3 tu. Sebab aku memang tak berduit, tak bekerjaya, malahan masih belum habis belajar pada saat itu. Lebih teruk lagi, aku extend satu semester disebabkan hal nih. Cuma mungkin memang rezeki aku.

Kerana tujuh bulan lepas tu, aku berjaya. I did my own Great Escape. Menghilangkan diri dari dunia dengan tiba-tiba tanpa pengetahuan sesiapa kecuali keluarga terdekat dan tujuh orang kawan bertuah. Tak lama pun sebenarnya, cuma dua minggu (31 Mac hingga 13 April). Dan tak perlu tanya apa yang berlaku bila aku pulang. Semestinya dimarahi kawan-kawan lain atas pertapaan yang sangat tiba-tiba itu.

Ke mana aku menghilang? Alhamdulillah, di saat aku masih berduka cita atas apa yang berlaku, aku dipanggil Allah untuk menjadi tetamuNya. Menunaikan ibadah umrah dan melakukan aktiviti ziarah. Semestinya, tiada yang dapat menggantikan ketenangan yang aku perolehi saat berada di sana. Mengadu terus kepada Yang Maha Mengasihi, lagi Maha Mendengar. Betapa, aku benar-benar mahu bangkit dari kekecewaan yang tak bertempat itu. 

Dan aku masih merindui saat-saat aku berada di sana.


suatu petang selepas asar

Rahsianya? Bersangka baiklah dengan Allah, dan berdoalah kepadaNya. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kamu.
Diriwayatkan dalam kitab at-Tirmidzi daripada Ubadah bin Ash-Shamit R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda, 
 "Tidaklah seorang Muslim di muka bumi ini yang berdoa kepada Allah dengan sebuah doa melainkan Allah pasti memakbulkan permintaannya, atau Allah menyingkirkan keburukan darinya (sebagai gantinya) dengan sebesar permintaan (dari segi kualiti dan kuantiti), selama dia tidak berdoa untuk suatu perbuatan dosa atau minta untuk memutuskan silaturrahim.' Maka seorang lelaki dari sesuatu kaum berkata, 'Kalau begitu kami akan memperbanyak (doa)'. Nabi menjawab, 'Allah (memiliki pemberian) lebih banyak (daripada permintaanmu)'. "

Bukankah hidup ini sangat indah?

4 comments:

  1. hehehe saya tahu jugak. jadi saya bertuah :D

    ReplyDelete
  2. mala:
    kita semua bertuah, kalau kita tahu mencari dan memahami tuah itu :D

    ReplyDelete
  3. ehem...tahun 2000 bulan August pun pernah 'hilang' kan. tetiba jer lesap dari Maktab Mahmud tanpa diketahui kengkawan. He he. Phrase 'whelcha' itu amat memberikan kami yg paham suatu gelak yg tak terhenti :)

    ReplyDelete
  4. redza a.k.a pakcu:
    erkk...yang tu 'hilang' sebab lain haha. almost kene denda ngn cikgu lepas cuti tu sbb dia ingat along balik nak hantar org g umrah.

    hehe, wheelcha tu, ada maksud lain yg along xtau ke..?and, siapa 'kami'?hehe

    ReplyDelete

ㅋㅋㅋ

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Wedding tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...