My photo
Rawang, Malaysia
“Travel helps reset your current path for a bit, reminds you that life is bigger than what you've been seeing everyday, and makes your problems small compared to it."

Tuesday, April 26, 2011

Tanah Haram (2)

1 April 2011
Bas mula meluncur laju menghala ke Madinah lebih kurang jam 1 pagi waktu Arab Saudi. Muttawif yang dilantik Harmony Excellence Travel & Tour, Pak Ustad Rofiq turut serta bersama kami. Kesemua 17 jemaah tidur lena dek kepenatan yang teramat ketika menunggu bagasi di Lapangan Terbang Jeddah. 

Di separuh perjalanan, kami berhenti di R&R untuk makan malam. Hairannya, pihak agensi tidak menyediakan makan malam untuk kami tetapi kami perlu membelinya sendiri. Tercangak-cangak sekejap aku dan Idahnor di kedai makan tu. Ternampak beberapa makcik rombongan kami sudah pun mendapat makanan. 

"Makcik ambil kat mana makanan ni?" tanya kami. "Ada kat luar sana tu diorang sediakan.." selamba makcik-makcik tu jawab..

Aku pandang Idahnor. Dalam hati aku, kalau memang dapat makanan, kenapa ustazah atau pak ustad tak cakap apa-apa? Kenapa dorang sendiri beli makanan? Akhirnya, berbekalkan ilmu Bahasa Arab Tinggi yang aku belajar kat sekolah dulu (eceh..), kami pun mengorder makanan.

"Syeikh, arruz wa dajaj. Err, syai sekali..." sambil tunjuk satu jari. (ceh, budak tadika pun belajar perkataan-perkataan tu).

Nasi tu banyak, maka makanlah kami kongsi bertiga dengan agak gelojoh dek kelaparan yang teramat sangat. Masa kami tengah lepak-lepak tunggu semua orang habis makan, ada seorang muttawif agensi lain menunggu tersengih-sengih berhampiran kami. 

"Ya buk, kalau udah selesai dipersilakan naik ke bas..."kata muttawif tersebut.

"Eh, tapi kami agensi lain pak..Tak sama..." jawab makcik-makcik tu..

Okay, kalo korang tak perasan, biar aku cerita. Nasi-nasi yang beberapa makcik tu ambil rupanya nasi dari agensi lain. Sebab tu pak muttawif ni ingat makcik-makcik ni dalam rombongan dia, sebab dorang ambil nasi kat dia. Aku tak hairan pun makcik-makcik ni tersilap, sebab dari KLIA lagi kami diberitahu akan dapat makanan. Tapi lain pulak yang jadi. Bukan sahaja tak dapat makan, kena pulak beli sendiri. Pandai-pandai la deal dengan tokey kedai nak makan apa. Nasib jugak dorg ni pandai cakap melayu sikit-sikit.
...

Kami sampai di madinah kira-kira jam 6 pagi waktu Arab Saudi. Terus check in dan sarapan. Subuh kami di salah sebuah R&R tadi. Oh yek, nasihat aku kalau korang suka pergi tandas, sila buang air siap-siap di airport atau tahan je sampai kat Madinah. Sebab tandas R&R dia, Tuhan je yang tahu. Memang langsung tak nampak ciri-ciri annazofatu minal iman.
...

Durat al-Fayroz Hotel. Hotel kami sepanjang 3 hari berada di Madinah. Depan hotel kami ialah Hilton Hotel, juga terdapat Ben Dawood di situ. Di sebalik Hilton, terletaknya Masjid Nabawi yang dirindui. Sepanjang hari ini, kami dibenarkan membuat aktiviti sendiri.

pemandangan dari bilik hotel

Ziarah kami akan bermula esok hari. Disebabkan hari ni hari Jumaat, pak ustad Rofiq tak menggalakkan kami solat jumaat di masjid. Dan sebagai remaja berdarah muda yang degil, aku dan Idahnor mula menapak ke masjid setengah jam sebelum azan. Wan pula duduk di bilik hotel, solat zohor di sana.

Suasana menarik di masjid. Ramai antara mereka berlumba-lumba untuk bersedekah makanan. Kami hanya duduk di luar, maka lebih banyak ragam manusia dapat dilihat. Di belakang kami, 3 beradik membawa manisan dan beberapa botol air sejuk diletakkan di atas wheelcha. Sebelum solat, si kakak menuangkan air sejuk ke dalam cawan, manakala si adik kecil mengagihkan kepada jemaah di sekeliling. Tanpa mengira bangsa mahupun usia.  Dan selepas solat pula, manisan diagih-agihkan. Jujur sahaja muka si kecil menghulurkan manisan pada setiap tangan yang menadah. Jujur juga aku katakan itulah antara pemandangan terbaik yang aku saksikan di sana.

Tips untuk jemaah yang mahu ke sana; bawalah biskut-biskut atau gula-gula dari Malaysia. Agihkan kepada kanak-kanak juga kawan-kawan baru anda yang duduk di sebelah anda di dalam masjid. Kegembiraan dan kegirangan mereka adalah sesuatu yang sangat manis untuk dikenang. Manalah tahu, ada antara mereka mungkin bakal mak mentua anda :P.


Bersambung...

1 comment:

  1. pak mentua aku sebab teruja nak amek gambar aku siap salah lagi handle camera ..nak snap ,tp terambilvideo .glamor aku kat Iraq tu

    ReplyDelete

ㅋㅋㅋ

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Wedding tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...