My photo
Rawang, Malaysia
“Travel helps reset your current path for a bit, reminds you that life is bigger than what you've been seeing everyday, and makes your problems small compared to it."

Thursday, May 26, 2011

Berpura-pura kuat.

Betapa ruginya jika amal itu bagai debu yang berterbangan. gambar- www.iluvislam.com 





















Kuat dan berpura-pura kuat adalah dua perkara yang berbeza. Dan aku mahu percaya, orang yang berpura-pura kuat masih tergolong dalam kumpulan orang yang kuat. Kerana bagi aku, orang yang lemah takkan mampu pun untuk berlakon atau berpura-pura. 

Pada saat ini, hanya Allah yang mengetahui apa rasanya menjadi Nur Syahidah Adnan. Dan kau takkan mahu berada di tempat aku. Sungguh! Aku tidak sekuat mana, dan aku percaya aku lebih banyak berpura-pura kuat. Namun aku berdoa agar aku sentiasa kuat dan tenang. Berada di kalangan orang-orang mukmin yang kuat. Yang lebih disayangi, dan lebih dikasihiNya. Semoga setiap ujian itu, menambahkan kebaikan dan mengurangkan keburukan.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.”
Riwayat Muslim


Allah, ampuni aku.

4 comments:

  1. chillex!!!! ko mmg kuat, tayah pura2 =p marilah sama2 tenangkan hati, dan sentiasa cakap pada hati, kt xmiliki apa2 hatta diri kt sekalipon, sbb semuanya milik Allah. ape yg Dia nak beri atau ambil, itu hak Dia. lepaskan rasa pemilikan yg ade pada kt slame ni. tugas kt, selesaiakn ujian + cube utk lulus.

    ade hikmah and everything happened in ur life is a great thing bile ko kutip semua hikmah yg ade pada setiap situasi kejadian.

    ReplyDelete
  2. yuyun:
    kau antara manusia yang tahu almost sume yang berlaku dalam hidup aku. thanks weh. dan sory jugak, bilamana aku janji sesuatu yang belum aku dapat kotakan dlm masa terdekat ni. aku akan berusaha. ganbatte!!

    ReplyDelete
  3. heheh =p xde hal pasal janji..we're just fine =p jalan ni seronok sbb xmudah..heheh.. aku pon masih blaja utk buang rase pemilikan tu.

    ReplyDelete
  4. " Janganlah kamu BERSIKAP LEMAH dan janganlah kamu BERSEDIH HATI. Sesungguhnya kamulah org yang paling tinggi (darjatnya di sisi Allah) sekiranya kamu ORG BERIMAN" Surah Ali Imran : 139

    Percayalah, semua itu akan berlalu. Satu hari nanti dikau PASTI akan memandang kebelakang sambil TERSENYUM LEBAR dan merasa AMAT BERSYUKUR.

    I know and I belief that u're INCREDIBLY STRONG.

    ReplyDelete

ㅋㅋㅋ

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Wedding tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...