My photo
Rawang, Malaysia
“Travel helps reset your current path for a bit, reminds you that life is bigger than what you've been seeing everyday, and makes your problems small compared to it."

Tuesday, May 24, 2011

Jadi kau kena saman trafik!

Banyak cerita aku nak update, tapi belum berkesempatan lagi. Maka, aku update cerita hari ini dulu.

Dua bulan lepas, aku balik daripada teman adik aku cari barang kat uptown Danau Kota pukul 1 pagi. Malas nak tunggu lampu merah yang macam tak perasan aku ada kat situ, aku masuk je kampung aku tu. 

Dan aku nampak lampu biru-biru dari cermin pandang belakang. Tak tipu, aku mencarut dalam hati. Macamana boleh tak perasan kereta peronda yang tunggu belakang kereta aku tadi???chiss!~

Maka, aku kena saman trafik. Dalam kertas tu tulis, pergi Mahkamah Majistret Selayang pukul 9 pagi pada 24 Mei 2011. Dipendekkan cerita, alhamdulillah saman aku dikurangkan daripada RM300 ke RM100 sahaja. Jadi, sedikit sebanyak tips daripada aku:

  • Datang awal, supaya kes kau boleh difailkan segera. Bermaksud, kau akan dipanggil awal, tak payah tunggu lama-lama.
  • Ikut cakap encik/puan polis yang bertugas. Kalau dia suruh bangun masa Tuan/Puan Majistret masuk, sila berbuat demikian.
  • Bila nama kau dipanggil, sila ke hadapan. Encik/puan polis akan tunjukkan di mana kau kena berdiri. (ikut apa yang aku perasan tadi, orang yang kes dia dah lama dan bawak peguam, mereka akan duduk di kandang pesalah. Yang lain-lain termasuk aku, berdiri je depan Puan Majistret tu)
  • Bila kau berdiri kat tempat yang ditetapkan, pertuduhan akan dibacakan. (Pegawai yang bertugas -tak tahu apa nama jawatan dia- akan sebut nama kau, kesalahan kau, di mana, pukul berapa, kenderaan apa..etc)
  • Bila dia tanya mengaku salah atau tidak, sila jawab "SAYA MENGAKU BERSALAH". 
  • Bila dia tanya apa rayuan kamu untuk pertuduhan ini, jawablah kau mintak saman dikurangkan kerana belum bekerjaya, atau anak sulung kena sara keluarga, atau masih belajar...apa-apa alasan yang munasabah dan betul. 
  • Buat muka kesian dan jangan pakai cantik-cantik sangat (haha...ni takde kene mengena pun sebenarnya. Tapi tadi aku pakai baju kurung hijau dengan kasut biru lusuh tu hehe)
  • Maka Tuan/Puan Majistret akan memberitahu apa hukuman yang dikenakan. Dalam kes aku, "kamu didenda RM100, kalau tak bayar, masuk penjara seminggu."
  • Lepas hukuman dibacakan, jangan terus keluar, duduk dulu tempat tadi. Bila Tuan/Puan Majistret dah keluar baru kau boleh keluar dan terus bayar saman tadi.

Sedikit penambahan, sistem saman sekarang ialah, makin lambat kau bayar, makin banyak jumlah bayaran. Tapi itu ikut jenis kesalahan jugak la. Kalau saman kau kategori pertama, tak kisah lah kau bayar awal atau lambat, bayarannya still RM300. Jadi, lebih baik kau masuk mahkamah. Boleh jugak mintak rayuan dikurangkan. (Kesalahan aku adalah kesalahan kategori pertama :| )Boleh rujuk gambar bawah ni:


Jangan risau, Mahkamah Majistret Trafik bukanlah seperti mahkamah jenayah yang besar, luas dan menakutkan tu. Bilik dia kecil sahaja. Meja panjang dan tinggi untuk Tuan/Puan Majistret, 2 meja lain dan beberapa bangku panjang. Aku nak tangkap gambar dalam tu, tapi takut pulak. hehe..



Pesanan aku, berhati-hati di jalan raya. Berhati-hati walau di mana kau berada. Sila peka terhadap keadaan sekeliling. Siapa tahu  ada musuh dalam selimut..??

10 comments:

  1. aku tak penah kene lagi ahahah takut2 juga, yelah...bukan selalu kite bernasib baik kan

    ReplyDelete
  2. but that part kalau tak bayar kene masuk seminggu.. i think i prefer take that one.. so boleh ade pengalaman duk penjara hahahaa... btw if masuk seminggu tak yah bayar la ek? best2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo hakim kata penjara seminggu, takyah la bayar..kalo dia kata kedua2nya sekali...hurm, terbaikkk~

      Delete
  3. dam..aku kne same mcm ko..sebijik same...tpi xpergi byar lagi..nk tnggu rayuan...kne amik cuti lagi..dammmm..
    Anywy..thank for the info..sgt mmbntu

    ReplyDelete
  4. mekasih bagi info ni.. saya kena saman langgar lmpu merah.. tapi malas nk pergi mahkamah.. hari ni pulak tu last bayar saman.. saya student..so senang cakap x ada duit lah.. ingat nk bayar bulan 11.. agak2 bole ke x ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi anon.
      maaf tak pasti pulak boleh ke tak...tapi kalau delay lambat sangat, takut dorang naikkan denda. kalo dorang panggil naik court, better pergi je..at least leh wat rayuan..

      Delete
  5. Salam..tkasih info sgt membantu..
    Seumo hidup esok 19/4 masuk mkmh langgar belakang..apa2 hal stndby 300..

    ReplyDelete
  6. Salam ..tadi hubby pi mahkamah.ingat dpt kurang coz langgar lampu isyarat but naik lg ke rm400 .xde penjelasan langsung

    ReplyDelete
  7. untuk pertama kali terkena saman mahkamah sbb roadtax mati.. balik je rumah terus google.. takut nak naik mahkamah.. rasa macam penjenayah je.. igt kena p mahkamah yang besar2 tu, kena dok kat kandang pesalah tu..terima kasih la..info ni dpt la lega kan sikit hati..

    ReplyDelete
  8. Saman ade waran..bole ke mintak rayuan lagi...dan bole ke mintak dikurangkan saman???

    ReplyDelete

ㅋㅋㅋ

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Wedding tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...