My photo
Rawang, Malaysia
“Travel helps reset your current path for a bit, reminds you that life is bigger than what you've been seeing everyday, and makes your problems small compared to it."

Saturday, May 14, 2011

Saat itu. Saat ini.

Tahun 1995.

Rumah kami mula didirikan di tanah arwah atuk, yang ketika itu masih lagi sihat walafiat. Setelah puas berpindah randah sejak pulang ke Malaysia, akhirnya kami ada rumah sendiri. Tanah ni asalnya kebun atuk. Masih ada beberapa pokok durian di lot sebelah. Ada 3 lot kesemuanya, rumah kami di tengah-tengah.

Rumah kami dalam pembinaan


Rumah kami baru siap, dari depan. Pokok masih sikit

Di pertengahan tahun itu, kami pindah ke Rawang. Hari pertama persekolahan, ayah dan atuk temankan aku dan Angah. Aku darjah 3, Angah pulak darjah 1. Hari tu merupakan hari kedua peperiksaan pertengahan tahun. Di penghujung 1995 itu, atuk kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Aku dan atuk, kat halaman rumah atuk.
...

Kat depan rumah aku, ada sebatang anak sungai yang mengalir perlahan. Tak dalam, takat buku lali je, kecuali masa hujan. Saat yang paling aku suka di zaman kanak-kanak adalah membuka tingkap di waktu pagi. Kau akan dengar bunyi air terjun dan burung-burung berkicauan. Waktu kecik-kecik, aku dan adik-adik suka tangkap anak ikan dan udang, kononnya nak bela. Of course, seminggu lepas tu dorang semua mati.



Mandi sungai pulak ialah aktiviti bila sepupu sepapat pulang ke rumah wan hujung minggu. Oh yek, aku dan wan tinggal sekampung. Cuma rumah wan kat depan, rumah kami jauh ke belakang kampung. Kadang-kadang dorang mandi depan rumah, tapi selalunye budak-budak lelaki akan berjalan naik sikit lagi ke atas. Ada jeram yang sejuk dan menyegarkan. Kecut-kecut la kulit dorang berendam dalam tu.

Ni masih di depan rumah :)


Operasi 'bersihkan sungai' cik raiy dan adik2. (2008)

Macam aku cakap tadi, walaupun sungai ni cetek, selalu jugak jadi banjir, terutama kalau hujan lebat. Antara yang paling teruk, macam dalam gambar bawah ni:

Langsung tak nampak jambatan. Air dah nak sampai ke pintu rumah. (2008)

Waktu rumah ni baru-baru siap, ada banyak lopak di sekeliling rumah yang tak terkambus. Dalam tu banyak berudu. Kerja aku dan adik-adik petang-petang, main dengan berudu-berudu tu...Kulit berudu ala-ala transparent seingat aku, sebab dari bawah boleh nampak  tali perut dia berpusar-pusar. Aku suka picit berudu tu sampai keluar isi perut. Pastu gelak ramai-ramai ngan adik aku. Heh, memang tak padan ngan pompuan. Tapi 2,3 hari lepas tu mak terus suruh ayah kambus lopak. (Waktu tu aku rasa ayah kejam sebab kambus berudu tu hidup-hidup. Tak sedar diri, yang aku pun sama picit berudu tu hidup-hidup!)

Betul-betul belakang rumah, ada bukit kecil. Kami panggil hutan. Pokok-pokoknye memang tinggi-tinggi. Tahun 1998, keluarga aku pernah berkebun kat bukit belakang tu. Tanam sayur, kacang tanah, bendi, even jagung. Masa tu wan, pak andak, arwah mak chek duduk rumah kami sebab rumah wan buat baru. Tapi tak lama lepas tu kami dapat tau tanah tu ada tuannya. So, wan bercucuk tanam kat bawah aje.

Ni bukan belakang rumah tapi tepi rumah.
Tak jumpa pulak gambar lama belakang rumah.



Binatang liar? Babi hutan tak payah cerita la. Pernah mak aku sidai kain, dia meluru dari hutan belakang tu lalu betul-betul sebelah mak aku. Alhamdulillah tak disondolnya. Pernah jugak babi ni bersiar-siar bawak 1 family turun belakang rumah aku tu. Dulu, pakcik Singh suka ke belakang hutan tu tembak babi. Monyet pun sama, yang mana aku leh tengok macam-macam spesis keluar dari hutan belakang ni. Kalo tak salah mata dan ingatan aku, babun pun ada. Kira bukan tipikal monyet yang korang nampak kat Hutan Lipur Kanching tu la. 

Salah satu spesis yang keluar


Anak ular mati jumpa bawah meja

Kalau ular tu selalu jugak masa kecik-kecik jumpa. Pernah sekali aku nampak warna putih, tapi bukan albino, keluar dari bawah sofa kitorang. Sekarang dah tak sangat la. Pupus agaknya. Lipan dan kalajengking pun pernah la ada. Pernah sekali tu mak aku tergerak hati nak check kitorang yang tengah tidur ni. Rupanya ada cik lipan tidur jugak betul-betul sebelah aku. Bila mak bukak lampu, terus dia lari. Aku pernah bayangkan cik Belang mungkin akan keluar dari situ satu hari nanti haha...

Jadi disebabkan binatang-binatang ni semua (ok, tak semualah..), maka kami jarang tanam pokok-pokok yang bakal disondol babi atau dicurik monyet. Terutama bila wan pindah balik ke rumahnya. Ada jugak la pokok berbuah macam bacang, pulasan, nangka, terap, pisang dan cempedak. Selalu jugak la gaduh ngan monyet-monyet nih berebut buah haha. Kebanyakan flora yang ada kat rumah ialah tanaman-tanaman yang tak perlu penjagaan rapi. Yelah, hujan je yang tolong siram pokok-pokok kat rumah aku ni. Kitorang dah bertahun tak siram pokok. hihi.
...

Tahun 2011.

Semenjak tahun lepas lagi isu tanah belakang rumah ini sudah berbangkit. Satu kawasan small-medium industry akan dibangunkan. Pada awal tahun ini, bukit kecil belakang rumah telah pun digondolkan. Yang tinggal cuma pokok-pokok di sempadan antara tanah kami dan tanah mereka.

Pokok-pokok di sempadan masih ada,
tapi bukit belakang sudah gondol (8 mei 2011)


Minggu ini, kerja-kerja membuat tembok diteruskan. Bunyi pokok patah dan tumbang benar-benar boleh buat orang depress. Maka, cerah sudah lah hutan redup kebanggaan kami sejak kecil ini. Petang tadi, tengok si Raja Udang terbang melilau mencari sarangnya yang dah tiada. Sayu je melihatnya. Harap dia akan buat sarang baru tak jauh dari rumah. Jadi setakat ni, ni lah yang terjadi kat belakang rumah kami.

(8 Mei 2011)

Nampak rumah kami sebelah kiri? (11 Mei 2011)

Pokok-pokok sempadan mula tumbang (11 Mei 2011)

Bakal digantikan dengan tembok 30 kaki (13 Mei 2011)

(13 Mei 2011)

Ayah, di belakang rumah jiran
...

Sebagai pelajar jurusan perancangan bandar, aku memahami betapa kita memerlukan pembangunan bagi 'menghidupkan' sesebuah kawasan. Cuma aku rasa, Rawang ni dah terlalu banyak commercial & industrial area. Tak mahukah mereka menyediakan taman rekreasi untuk kami? Tidaklah entry ini ditulis bagi membantah pembangunan tersebut. Cuma ingin berkongsi dengan korang semua, apa rasanya bila sesuatu yang sangat bernilai itu (alam sekitar) hilang di depan mata. Benar kata orang, sesuatu itu terasa lebih berharga bila ia mulai pergi. Maka, cara untuk kita menghargai sesuatu ialah dengan menyedari ianya boleh hilang pada bila-bila masa. 

Pada saat ini, aku berharap sungai di depan rumah itu akan kekal cantik dan bersih. Yang mana hakikatnya, sampah sarap masih boleh dilihat hanyut dan tersangkut di depan rumah. Banyak kali juga, aku dan adik-adik mengeluarkan sampah dari sungai tu. Tapi kalau sikap manusia yang suka buang sampah merata tu tak diubah, tak mustahil sungai jernih tu boleh bertukar menjadi 'longkang busuk'. 

Imam Ghazali pernah bertanyakan soalan kepada anak-anak muridnya. Salah satu soalan berbunyi, "Apakah perkara paling berat di dalam dunia?" Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. "Semua jawapan hampir benar," kata Imam Ghazali, "tapi yang paling berat adalah 'memegang amanah'."


Dan sedarkah kita yang alam sekitar itu sebahagian daripada amanah Allah untuk kita?
Rasulullah saw bersabda bermaksud : “Dunia ini hijau dan cantik, dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat Muslim)

Hidup ini singkat. Berusahalah. Demi dirimu, juga generasimu. Demi duniamu, juga akhiratmu.

10 comments:

  1. Alhamdulillah. teruskan menulis. Seronok saya membacanya. Saya follow

    ReplyDelete
  2. en ariff budiman:
    terima kasih singgah di kasut biru. insyaAllah sy akan terus menulis :)

    ReplyDelete
  3. rajin ko ek..kalo aku da lame bungkus..sile tulis lagi.lagi..dan lagi!~

    ReplyDelete
  4. aduh, mule2 aku seronok tengok scene dekat rumah, tengok natural scenery, terhibur. cemburu pun ade


    sekali last2 deme tebang, sakit ati betul . berat mata memandang berat lagi bahu memikul

    ReplyDelete
  5. mutalib daud a.k.a pak andak:
    haha...xde kena mengena stokin ikan keli dengan entry ni :P

    syahir razak a.k.a. abi:
    berusaha untuk rajin dan berusaha mencari masa (juga idea!) hehe

    yeop:
    mmg sakit hati xtipu. apakan daya tanah orang. berharap lepas siap tembok belakang ni, kitorg akan start tanam semula pokok-pokok yang best2..:)

    ReplyDelete
  6. nampak sangat aku dah lama tak tengok belakang.
    Waaa.. rindu nak main air sungai.
    "Tangan manusia itu sendiri yang menghancurkan dunia"

    ReplyDelete
  7. misznina:
    memang da sangat lama ko xdatang umah aku. lombong ikan keli bapak ko pun da kena tambak. haha.. lagi seminggu da ada tembok la kot gamaknya.

    ReplyDelete
  8. waa... best rumah macam ni ( yang masa dulu)... agak2 sekarang dah macam mane ek???

    ReplyDelete
  9. afif aka time traveler boy:
    sekarang dah siap tembok tu..rasa macam tembok berlin pun ada jugak..bangunan untuk small-medium industry tu pun da nak siap..

    *rumah makin panas :( tapi ada pokok baru depan umah yg menggumbirakan. pokok markisa yg tak berhenti berbuah hehe..;)

    ReplyDelete

ㅋㅋㅋ

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Wedding tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...